Sunday, July 3, 2011

Adios.

Hari : Ahad Pukul : 03.24pm
Selamat Tengahari kawaaann.

Masih ingat kah anda tentang link percayalah sampai mati pon aku pakai ko. ?
Huu..
Biasalah. Barang lama. Ada saje yang nak rosak.
Nak dijadikan cerita.
potpetpotpet bertengkar dgn Farah semalam, aku terus amik kunci kereta then kuar rumah.
bukan nak pergi jumpa Farah ek, tapi aku nak pergi lepak dengan achong dan haikal dan juga amar di wangsa maju.
Fuel Indicator kerete aku tu macam dah mereng sket.
Aku bajet ader minyak lagi, nak terus laju g isi minyak kat area ampang.
Dengan tak semena-menanya kereta aku mampuihh tengah jalan.
Tepi Highway.
Keseorangan.
Ko bayangkan lah..
isk2.
Aku pon malas nak menyusah kan membe2 aku. Sbb kat depan tu ader petrol station. Takda lah jauh sangat. Aku pon jalan kaki carik botol tepi jalan dah macam pengemis. Aku isi minyak dalam botol nak dekat rm10. Then aku menapak balik pergi kat keta. Tak boleh start jugak. Maybe tak cukup minyak kot.
So, dengan berbekalkan botol tadi, aku pergi balik ke station minyak tu. Berpeluh-peluh aku. Ko bayangkan jalan kaki tepi highway, habis sumer kete hon-hon aku ha.
So aku isi lg rm10. So total dah rm20 lah kan.
Tapi Still taleh start lagi. Nak dekat sejam setengah aku godek2 kereta tu. Dengan takda orang yang patut care bila aku time susah-susah nie, at least teman la. tapi nak wat camne. bergaduh. hmph.
So, aku terpaksa guna khidmat kawan2 aku. Aku call jawe, Jawa datang. Godek2 pon taleh gak.
Then peronda kesas datang. Sbb keta aku sangkut kat corner tepi jalan. Dengan gelap lagi. So mmg bahaya. Sampai ada kereta nak sondol kete aku lah tak nampak punya pasal.
Then dorg tarik keta aku sampai shell. Aku park situ. Jawe hantar aku balik rumah.
Aku amek keta bapak aku terus g wangsa maju untuk jumpa kawan aku tadi.
Lama dorg tunggu. Aku sampai dalam 2.30am.
Lepak, makan, then pusing k.l.
Macam-macam la jadi. Nak tersondol kete org. kene saman. haih. malang2. ;(
Balik rumah terus tidur.
Dan berharap orang yang patut msg/call aku sebelum die ke klang pagi nie, tapi sumer dalam igauan aku sahaja. Hmm. Yerla. Dia mesti akan Cakap 'kite kan tengah gaduh watper nak msg' .
Pagi ni aku bangun pukul 10am. Aku tengok hp. sunyi.
Bangun awal sebab nak pergi tengok bulldozer kat shell.

Try punya try. tak bley gak start. Dan akhirnya..



Bulldozer duduk atas kandang. =)

Kereta nie dah meragam gila-gila. Tak sampai 6bln.
1.Bateri kereta rosak
2.Power window rosak
3.Draftshaft
4.Pintu tak boleh bukak
5.Latest, Fuel pump rosak.

Ntah la.Skang pukul 04.01pm. Still lagi sunyi hp aku.
Semalam last orang tu antar msg. Die cakap dia nak pulang balik hp broadband sumer.
Semalam die cakap aku dah tak sayang dia.
Ntah la. Aku tak rase sikit pon kurang rasa sayang kat dia.
Biarlah dia. Nak anggap aku macam mana.
Aku macam dah boleh agak.
Apa yang akan jadi kat aku nanti.
Sayup-sayup..
Kadang-kadang apa yang kita tunjuk kat orang or sesuatu benda yang kita sngt sayang kan benda/orang tu, benda/orang tu tetap akan meragam n mungkin beranggapan laen.
Samalah macam kete aku. lagi aku sayang, lagi die meragam.
Takpelah. Mungkin orang tu suka macam nie. Mungkin aku akan jadi seperti orang yang terdahulu dalam hidup anda.
Wallahualam.

Ps:/ Aku sayang kau tak pernah kurang, kerana anggapan kau, ianya dah buruk sekarang.

Adios.

0 comments:

Post a Comment